TERMA DAN SYARAT

  1. Waktu Check in adalah pada jam 2.00 petang; Check out 12.00 tengahari. 
  2. Pengesahan tempahan adalah setelah bayaran deposit sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja) diterima. Baki bayaran sewa homestay hendaklah dibuat sebelum atau semasa penyerahan kunci check in.
  3. Kunci boleh diambil pada jam 2.00 petang pada tarikh check in. 
  4. Sebarang aktiviti perlakuan jenayah, penyalahgunaan dadah, penyebaran ajaran sesat adalah dilarang sama sekali di homestay kami. 
  5. Pihak pengurusan Smarthijrah Homestay berhak mengarahkan penghuni keluar serta merta sekiranya didapati berlakunya sebarang perkara yang dilarang dan tidak diingini. 
  6. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dan dibawa masuk dalam homestay kami. 
  7. Dilarang membuat bising dan perkara yang boleh mengganggu ketenteraman jiran. 
  8. Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa setempat. 
  9. Pihak pengurusan Smarthijrah Homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku/kemalangan/kehilangan barang berharga sepanjang penginapan. 
  10. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa anda menginap di homestay kami. 
  11. Jika anda keluar meninggalkan homestay atau tidur pada waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar. 
  12. Semua suis elektrik/bekalan air hendaklah dimatikan selepas digunakan. 
  13. Penghuni digalakkan mematikan semua suis termasuk suis kipas/lampu/air-cond dll apabila meninggalkan homestay. 
  14. Tetamu yang menginap di homestay kami, dilarang sama sekali merosakan atau mengambil barangan dan peralatan yang disediakan. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kehilangan kepada pihak polis. 
  15. Sila buang semua bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 
  16. Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam rumah. 
  17. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal serta pastikan keadaan homestay berada dalam keadaan baik sebelum anda check-out.

No comments:

Post a Comment